Sunday 1 March 2015

Apabila tiga bulan jadi sehari saja lagi

Assalamualaikum

    Sangat la seram apabila memikirkannya. amboiii ayatt. selama nie 3 bulan kau bantai bercuti , jenjalan sampai tak ingat dah jalan nak pi sekolah , duk bergolek kat rumah macam ayam golek , gelakkan adik adik tiap kali balik sekolah , tiap kali diorang buat homework. haa sekarang aku pulak yang tercekik sebab ESOK RESULT KELUAR. MashaAllah dah lama lupakan barang yang lepas sampai tak perasan 3 March 2015 hampir tiba dah esokk. wuuu T_T

    Aku tak dapat nak target la banyak mana aku dapat. aku rasa macam spm aku nie tak sama ngn pmr dulu. haduii semua orang duk harapkan aku dpt kaut licin semua A tak berhabuk. percayalaa aku yang dulu bukan la yang sekarang. Ya Allah seram tak seram memang seram. Takleh nak terpikir macam mana laa rupa slip aku esok. sama ada aku tengok dengan wajah gembira ataupun vice versa Maaaaaa tak mampu angah nak menanggung.

    Ya Allah , dah laa abah aku kalau pasal result anak-anak dia akan tahu semalam awal. Eyy tak sanggupnya eden nak tahu awal. tapi elok jugak tahu awal , boleh kau melalak sebelum ada kat dewan esok. hahhahah. tapi kalau boleh kita nak yang happy laa. takkan nak mengharapkan benda sedih. mama aku pesan kita taktau macam mana result kita , kita duk cakap down down apa. sape kita yang nak menentukan ? selagi kita mampu berdoa , teruskan. kita taktau kan kuasa doa tu besar mana , sepower mana. yang penting istiqamah berdoa. Buat solat hajat tiap-tiap malam. paling kurang malam jumaat. haa centu laa mama aku cakap.

     Tapi tengok usaha jugak laa woii. kalau sebelum spm kau bantai duk bergelak buat aci relax. asyik duk pikiaq macam hindustan " Alaa hero hindustan mesti kalah dulu , buat paa nak kalut ? " duk pikir macam nie , pastu tak reti usaha nak study awal-awal , nak insaf awal-awal memang taklaaa. kau usaha pon takde tapi nak yang keluarnya lebih-lebih. Baik tak payahhh.

     So kalau nak teringatkan aku dulu. dekat-dekat trial jugak la aku insaf pastu drill diri sendiri. janji ada usaha laa , yang lain doa dan tawakal je. aku dah buat sehabis baik , sampai aku mampu dah. harap-harap semuanya berbaloii T_T

     Berdebar ? Gila takkkk. Cuak ? Memang lebih dahh. memang adrenalin aku nie duk sibuk bertungkus lumus dah. perut aku asyik duk meragam je sebab orang tua panggil kecut perut. Ya Allah , mampu doa yang terbaik je. semoga result spm tahun nie gempakk. aminnnnnn. kepada batch spm2014  goodluck for tommorow guysssss :D

 

Tuesday 3 February 2015

Banjir

Assalamualaikum

      Hari ini dah nak dekat sebulan lebih terjadinya banjir besar di Kelantan. Bukan banjir biasa biasa tapi banjir besar tuan-tuan puan-puan. Memang paling mengejutkan rakyat Kelantan kerana dalam hidup aku 18 tahun nie tak pernah lagi mengalami banjir sebesar nie. kau bayangkan kat Gua Musang sampaikan ke Kuala Krai air banjir tu hampir-hampir menenggelamkan bangunan sekolah empat tingkat. Kau bayangkan. MashaAllah. Tak dapat nak bayangkan macam mana laa mangsa-mangsa banjir kat sana nak survive dengan banjir besar sebesar besar tu.

    Memang orang kelantan dah terkandas. Tak boleh keluar sebab banjir tu dah macam kepung negeri kelantan. Bekalan makanan tak boleh dibawa masuk dengan jalan darat atau perahu atau bot atau segala jenis benda-benda tu. Arus air tu laju sangat sangat sampaikan tiada pihak terlibat yang berani nak hantar bantuan. So terpaksa cari alternatif lain laa. kalau dengan helikopter lagi haram nak jejak tanah. nak jejak macam mana , tanah kat sini pon dah tak nampak dah. Kau bayangkan laa banjir setinggi tiga tingkat bangunan , kat mana lagi heli nak mendarat. Mangsa mangsa banjir kat bangunan sekolah yang hampir nak tenggelam tu hanya mampu bertawakal untuk bantuan tu dan juga berserah je kepada Allah harap-harap air tak naik sapa paras tingkat empat. MashaAllah tak dapat nak bayangkan keadaan diorang.

    Diorang terputus bekalan makanan dan terputus hubungan luar kira-kira tiga hari berturut-turut, Kalau yang dewasa boleh la tahan kan. kau bayangkan kanak-kanak , bayi- bayi apa nak tukar lampin , susu diorang. Ya Allah takut betul aku dengar.

    Tapi Alhamdulillah keluarga aku dan aku bukan di antara mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berpindah ke tempat permindahan. Alhamdulilllah air tak naik kat rumah aku. sikit pun tak naik. kira kampung aku la paling bertuah air banjir tak naik. Tapi still keadaan Kota Bharu masih lumpuh. Bekalan eletrik terputus disebabkan faktor keselamatan. so rumah aku menderita sebab takde elektrik jelaa. Bekalan air pon terputus jugak laa.

    Kedai-kedai kat Kota Bharu pon dah habis tutup sebab air naik  ke paras pinggang dan paras dada. ada tu sampai tenggelam dah. Tesco yang jdi pusat bekalan orang Kelantan pon dah berhenti beroperasi :'( sebab air dah naik tinggi gila kat parking bawah tuu. Sungai Kelantan dah melimpah sampaikan melintasi jambatan. Ya Allah air tu memang laju gila laahh. memang lori besar pon tak berani lalu takut hanyut dibawa air. sedangkan rumah-rumah pun boleh hanyut dibawa air banjir , inikan lagi lori kann ?? rumah rumah kau bayangkan lepas banjir surut tinggal rangka je. Lajunya arus air banjir masa tu.

   Aku paling bertuah sebab rumah selamat. nak gembira ?? Tak , sedih gak aaa. kawan-kawan aku yang pada mulanya bising duk laporkan pasal paras air banjir kat rumah mereka melalui group whatsapp dan wechat apa lama-lama senyap sampaikan eletrik putus. Ya Allah risau gila aku. macam mana la keadaan diorang sekarang. dah pindah ? ataupon tengah bersusah payah nak selamatkan diri darpda banjir yang semakin lama paras air makin naik. aku cuma mampu berdoa family diorang dapat bantuan cepat-cepat. last berita daripada diorang yang aku dengar air dah paras pinggang dalam rumah. aku repeat. DALAM RUMAH. perabot-perabot , barang-barang peribadi , barang eletrik dah tak dapat diselamatkan. memang tawakal dah. ada tu rumah dah tenggelam , katanya tengah tnggu bantuan. ya Allah kesian aku dengar.

     Kalau nak cerita situasi diorang memang aku tahu sampai situ dah laa. kalau kat rumah aku , nasib baik abah aku dah awal-awal ajak pergi kedai beli bekalan makanan setelah dapat tahu yang Kota Bharu dah naik air. tapi bekalan apa je yang mampu beli sebab kedai-kedai pon dah abis tutup. beli megi segera dua pack , roti , sardin dlm tin dan ikan bilis. tu je laa. tu pon dah bersyukur sgt  :')  sbb dapat makan. mangsa-mangsa banjir yang terkandas tu dah 3 hari tak makan.

    lepas tu bekalan eletrik terputus. Bekalan air bersih pon takde. so terpaksa laa kitorang angkut air telaga daripada telaga jiran. Mama aku sampai bengkak tangan duk angkat baldi dua dua belah tangan. nak buat macam mana. Family aku ada dua je ahli lelaki. Abah aku ngn abang aku. Abang aku kat Shah Alam sambung belajar. nak balik memang tak boleh dah laa sbb kitorang terputus hubungan darat. yang mampu buat , abang aku call je laa tiap-tiap masa tanya khabar. so berbalik cerita tadi. aku , mama aku dan abah aku je la duk angkut air. 4 hari kena buat benda tu tiap-tiap hari memang semput aaa. padan laa tangan mama aku bengkak.

     Selepas 4 hari barulaa banjir surut pelahan-lahan. bekalan eletrik pon ada balik. Alhamdulillah. lega tu lega la jugakk. tapi rumah-rumah magsa banjir kat Kuala Krai tu keluar berita cakap mereka dah sebatang kara sebab rumah mereka dah hancur , dah musnah. keadaan tu macam sama je dengan tsunami yang berlaku kat Acheh. MashaAllah. semoga mereka tabah. tu je laa mampu aku cakap. derma-derma daripada pihak luar pon aku dengar dah giat dijalankan. Alhamdulillah , terima kasih korang :') :') :')

Ni air banjir kat kedai runcit aku pergi sebelum air naik paras pinggang

masa ni air kat paras lutut. kalau kau jalan kaki laa. 

ni air sawah padi baru nak melimpah ke jalan. malam tu abah aku cakap dah melimpah atas jalan